Saya jangkakan saya mahu berehat sekejap, menelah buku-buku ilmiah yang masih menunggu saya untuk dihabiskan, kemudian artikel saya mengenai soal revolusi diserang oleh hamba ALLAH yang menggunakan nama paskal muda (entah betul komando atau tidak) pada nama facebooknya. Tetapi saya sedar… perjuangan tidak pernah menuntut kita untuk berehat.
Walaupun topik yang dibangkitkan olehnya agak lari daripada isu revolusi artikel saya, tetapi saya terpanggil untuk mengulas mengenainya. Pertama, Paskal Muda mengatakan bahawa hutang negara dah meningkat dalam masa 3 bulan sahaja kepada
RM 537 Billion.
Saya tertanya-tanya daripada mana sumber yang didapati oleh Paskal Muda kerana saya sudah memeriksa beberapa sumber, antaranya ialah NationalDebtClock, di mana hutang negara kita tidak lagi mencecah lebih daripada 500 Billion. Di sini, kita sudah lihat anda hanya berhujah melalui persepsi, bukannya akal fikiran. Anda sekadar menyalin angka, tetapi tidak ada usaha untuk mencarinya.
Mengenai kenapa negara kita berhutang, saya sudahpun ulas bersama admin-admin yang lain. Tetapi, tidak mengapa, saya akan bentangkan, tetapi secara ringkas. Pertama, sebelum bercakap mengenai hutang negara, kita perlu tahu bahawa hutang negara pun boleh terbahagi kepada dua. Iaitu Internal Debt dan External Debt.
Apa itu Internal Debt? Internal Debt boleh dikatakan sebagai hutang dalaman. Biasanya melibatkan proses penghutangan antara kerajaan dan rakyat. Rakyat boleh jadi siapa sahaja seperti badan yang meminjamkan wang di dalam negara tersebut. Pendek kata, internal debt itu ialah segala yang melibatkan apa hutang di dalam negara.
External debt pula ialah hutang dalam negara yang terjadi antara kerajaan dan penghutang daripada luar negara. Badan yang berhutang boleh jadi kerajaan, organisasi ataupun individu sendiri. Badan yang menawarkan hutang pula boleh jadi kerajaan negara lain, IMF, dan Bank Dunia.
Kerajaan memerlukan wang untuk menguruskan negara. Kerajaan bukannya mencetak wang dikilang. Selain daripada sumber cukai, cara lain kerajaan menambahkan pendapatan ialah melalui pinjaman wang daripada BNM. Jadi, kerajaan menjana pendapatan dengan meminjam duit daripada BNM dan secara tidak langsung, kita akan melihat pertambahan hutang negara. Hutang seperti itu dikategorikan sebagai internal debt. Jadi, seperti mana yang kita tahu, selagi kerajaan mampu menjanakan ekonomi, maka tidak ada yang perlu dirisaukan melaluinya. Lainlah, kerajaan berhutang melalui external debt.
Internal Debt juga bermaksud kita berhutang dalam mata wang sendiri. Malaysia ialah pemilik mata wang sendiri. Apabila kita berhutang dalam mata wang sendiri, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Kenapa? Kita ialah pemilik matang wang kita. Di mana hutang yang dalam mata wang RM boleh dibayar balik dengan mencetak duit itu, tetapi kalau terlalu banyak akan menjatuhkan sendiri nilai ringgit. Berbeza dengan Greece yang matawangnya dikawal oleh EU. Mahu buat apa pun, mesti mintak tolong sama abang besar ma…
Kembali kepada Thailand, ya hutang negara mereka memang kurang daripada Malaysia. Tetapi… sekejap… kita tengok external debt mereka. Inilah yang sangat berbahaya. Philip Bagus, seorang pakar ekonomi daripada Austria merumuskan bahawa external debt empat kali ganda lebih berbahaya daripada Internal Debt. Antara alasan beliau ialah apabila kerajaan meminjam wang daripada kuasa luar, secara automatic kerajaan tersebut telah dikawal oleh kerajaan negara lain, dan sekaligus boleh dimonopoli kuasanya dalam sebuah pentadbiran.
Beliau mengambil contoh kenapa Jepun yang mempunyai hutang 200 % daripada KDNK negara mereka masih dianggap stabil oleh para pelabur kerana hampir semua hutang negara Jepun menurut beliau berpunca daripada Internal Debt yang sebenarnya lebih senang ditangani daripada external debt. Beliau mengangkat Sepanyol sebagai negara contoh yang sednag mengalami krisis ekonomi pada waktu ini di mana walaupun hutang negara Sepanyol hanyalah dalam lingkungan 80 % daripada KNDK negara mereka, tetapi oleh kerana jumlah hutang external debt itu ialah hutang majoriti negara berkenaan yang menjerumuskan Sepanyol ke dalam kancah krisis.
Dalam hal ini, kita dapat melihat statistic yang dikeluarkan oleh bank dunia, mengatakan bahawa jumlah external debt Thailand ialah mengatasi Malaysia dalam kedudukan ranking di mana Thailand menduduki ranking ke-41 jumlah external debt, tetapi Malaysia menduduki ranking ke-46.
Seterusnya saya berpergian kepada dakwaan anda dan pertanyaan anda ke manakah wang Petronas disalurkan. Ke mana ya? Hmmm… kepada pembangunan ekonomi negara ini. Nak jawapannya? Buka aje Belanjawan-belanjawan negara, dan lihat ke mana wang-wang negara ini mengalir. Ya, saya akui memang ada ketirisan tetapi kita sedang bercakap mengenai sebuah kerajaan yang sedang mengetuai lebih 30 juta manusia, kesilapan tetap akan berlaku kerana kita BUKAN MALAIKAT.
Kalau anda berhujahkan bahawa hutang negara Thailand menunjukkan bahawa Thailand lebih maju daripada Malaysia, mari saya nak gunakan logic anda. Jepun mempunyai hutang 200% daripada KDNK mereka, sedangkan Malaysia sekadar 50% daripada KDNK, mari kita labelkan Malaysia sebagai lebih maju daripada Jepun? Hutang USA ialah 106.09%, jadi mari kita katakan bahawa Malaysia lebih maju daripada USA? Hutang negara kesayangan DAP dan PR iaitu Singapore ialah 113.45%, maka lantas kita katakan bahawa Malaysia lebih maju daripada Singapore?
Bercakap mengenai rizab negara yang disimpan sebenarnya boleh dijadikan modal utama untuk melawan isu hutang yang dibangkitkan oleh mereka. Rizab negara kita mencecah 427 Billion, dan antara yang tertinggi di dunia. Dan di bawah DS Najib juga, kita melihat bagaimana cekapnya ekonomi yang diuruskan oleh pasukan beliau apabila rizab kita mencapai yang tertinggi dalam sejarah! Rizab negara ini sudah cukup untuk menampung hutang negara kita sebenarnya.
Hujah anda seterusnya mengatakan bahawa Thailand yang sedikit sumber ekonominya dan bukan negara pengeluar minyak seperti mana dalam senarai anda mampu mengecualikan rakyat mereka daripada cukai yang anda senaraikan antaranya ialah cukai pintu, cukai tanah, income tax, roadtax kereta seumur hidup dan free tol?
Dah lama saya tak bercakap mengenai negara Thailand ini sejak kali terakhir perdebatan saya dan King Jason, tetapi tidak mengapa. Saya merai perbezaan pendapat antara kita. Tetapi, saya juga bertanggungjawab membuka mata anda. GET YOUR FACT DUDE!
Pertama, kita kena bercakap tentang jumlah bilangan minyak yang dikeluarkan oleh Thailand. Thailand mengeluarkan 406,800 tong minyak sehari pada tahun 2010 menurut CIA World Factbook. Kenyataan anda mengatakan bahawa Thailand bukan negara pengeluar minyak sudah salah.
Meh sini, senang sahaja. Terdapat beberapa jenis cukai di Thailand yang lebih kurang sama dengan cukai-cukai di Malaysia malah lebih teruk lagi kalau anda membeli rumah, kondo atau perkara seumpama dengannya. Business Tax yang berjumlah 3.3% daripada harga sebenarnya, Stamp Duty 0.5%, Rental Income Tax yang berjumlah 20 % hingga 30 %, Property Transfer Tax, serta Land Tax.
Anda bertanyakan mengenai cukai pintu tetapi tahukah anda fungsi cukai pintu itu? Ianya merupakan sejenis bayaran tahunan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas para penduduk sesebuah kawasan perbandaran. PBT akan menggunakan hasil pungutan cukai pintu ini bagi membiayai kos penyelengaraan bandar seperti kos mengangkut sampah, membersihkan longkang, mengindahkan lanskap, membayar bil lampu jalan, menyelenggara lampu-lampu isyarat dan sebagainya.
Mengenai dakwaan anda bahawa cukai jalan di Thailand hanya di bayar sekali seumur hidup, sekali lagi nasihat saya, GET YOUR FACT DUDE! Saya telah menyemak sebuah forum rakyat Thailand di dalam bahasa inggeris yang bertanyakan bagaiman amahu memperbaharui cukai jalan kerana di Thailand memerlukan kita membayar cukai jalan setahun sekali. Jadi, hujah anda sudah terbatal mengatakan bahawa Thailand tiada cukai jalan.
Mengenai income tax yang menurut dakwaan anda tiada di Thailand. Ini satu lagi pembohongan paling BODOH sepanjang saya menjadi admin page Saya Sayang Tun Dr Mahathir. Tiada satu negara pun tak melaksanakan cukai pendapatan kepada rakyatnya. Haisyyy.. nak belajar income tac di Thailand dan bagaimana pengiraannya, buka jer link ini, dah malas saya nak mengajar puak yang tak tahu mengkaji, dan sekara menerima suapan maklumat sahaja.
(Link: http://www.rd.go.th/publish/6045.0.html) Klik link yang saya berikan, belajar guna mata akal, terima kasih.
Mengenai dakwaan tiada tol di Thailand, ini satu lagi yang buat saya dah jemu menjawab. Tak apalah, dengar sini bro. Saya terangkan kat anda satu persatu.
Kebanyakan toll di Thailand sebenarnya berada dalam lingkungan kawasan Greater Bangkok. Toll di Thailand di bahagi kepada tiga bahagian iaitu expressways, tollways, dan motorways. Toll di Thailand diletakkan di bawah agensi di bawah Kementerian Pengakutan Thailand, iaitu EXACT ( Expressway Authority of Thailand), dan DoH (Department of Highways).
EXAT bertanggungjawab menguruskan Chaloem Mahanakhon Expressway, Si Rat Expressway, Chalong Rat Expressway, Udon Ratthaya Expressway, Burapha Withi Expressway dan Kanchanphisek Outer Ring Road (Bahagian Selatan).
DoH pula bertanggungjawab menguruskan Uttraphimuk Tollway (dulu dikenali sebagai Don Mueang Tollway), Motorway No. 7 (Bangkok-Chonburi), dan Motorway No. 9 (Kanchanphisek Outer Ring Road - kawasan timur Thailand).
Toll di Thailand dicaj dalam lingkungan 40 Baht sehinggalah 55 Bhat mengikut lebuhraya tertentu. Jumlah ini kalau ditukar ke dalam wang Malaysia berjumlah dalam RM 4.15 hingga ke RM 5.71 sen.
Saya harap dengan penjelasan panjang lebar daripada saya, Paskal Muda dapat membuka hati dan menjawab dengan penuh ilmiah hujah-hujah yang saya bentangkan ini. Terima kasih.
RUANGAN PENULIS: sian... nk ckp pasal thai? im from thai.. dduk kt siam dulu bru taw idup susah ka senang... xdak tol?... msuk dulu bangkok.. msuk silom, rama road n monchit g mueng thong tani.. tol bersepah... GST siam lg byk.. setiap brg yg kita beli.. semua kena cukai on the spot kt supermrket.. mlysia pya kena kt mcd kfc n fast food.. tu pun org dh bising.. heay anney.. myk siam mahal loor.. you xtaw ka siam skrg tungkus lumus buat ecooo car nk kurangkn minyak... dduk siam dlu... msuk central world kt bgkok.. bru taw mahal atau tak... tak mhau kena cukai.. duduk dlm hutan laa.... maaf.. nak puaskan hati makluk bernama manusia ni sangat susah.. sbb Rasulullah S.A.W penah ckp... "luas neraka adalah seluas nafsu manusia". itu lah nfsu manusia...

pehh
ReplyDelete